Wednesday 5 November 2008

ShUt D0wn!! ~Epis0de 1~

~VaNeesa~


“Ni la bilik tidur Vee…rehat2 la dulu.Nanti dah siap makan tengahari,mak panggil makan sekali ye.”


Aku mengangguk perlahan,menurut sahaja arahan wanita berusia pertengahan 40-an yang mengaku dirinya sebagai ‘emak’ itu.Kemudian dia berlalu keluar dari ‘bilikku’.Menuju ke ruang dapur mungkin.Aku merebahkan diri diatas katil empuk bersaiz queen.Sambil berbaring, aku merenung syiling.Kemudian kuperhatikan pula keseluruhan bilik itu.Hiasannya,pemilihan cadar dan warna dinding serta perabot yang melengkapkan ruang yang ada,segalanya serba sederhana.Bilik ini, sebenarnya sudah cukup menunjukkan siapa aku,atau lebih tepat,siapa’ kami’.Keluarga ini.Sederhana dan bahagia.Bahagiakah?Soalan hatiku tidak terjawab,kerana aku tidak tahu jawapannya.



Sedang bermenung2 sendiri itu,aku terdengar bunyi daun pintu ditolak dari luar.Sedikit ruang yang terbuka berjaya memuatkan kepala si kecil yang menjengah sambil tersenyum nakal .Tangannya disembunyi dibelakang badan. Aku merenungnya begitu lama sebelum membalas senyuman itu.



“Adam…jangan kacau Kak Vee tu.Kakak penat,biar kakak rehat.Mari sini.Nak ais krim tak..?”



Sayup2 terdengar emak memanggil Si Kecil dari dapur.Dia menurut,berlari ke dapur untuk mendapatkan ais krim dan membiarkan daun pintu terbuka tanpa ditutup semula.Penglihatanku sempat menangkap apa yang disorokkannya tadi.Ketika mini mainan yang berwarna kuning.Aku tersenyum sendiri.Begitu jugakah aku melayannya dulu?Memberi ganjaran sebagai balasan mendengar kata dan melayannya bermain dengan kereta mini kuningnya?



“Mak, nape tak boleh kacau Kak Vee mak?” terdengar suara yang comel itu bertanya dengan penuh rasa ingin tahunya.


“Kak Vee sakit…” jawab emak ringkas.


“Sakit apa mak?”


‘Ish..makan ais krim tak boleh banyak cakap.Nanti ais krim cepat cair..”



Emak berdalih tanpa menjawab setepatnya.Tiada lagi perbualan selepas itu.Mungkin Si Kecil takut hilang nikmatnya aiskrim apabila sudah cair dan mungkin emak pula tenggelam dalam kesibukannya menyediakan juadah makan tengahari.



‘Adam, adik kakak..’, desis hatiku.


”Kakak sakit..”, kata2 mak pula terngiang2 ditelingaku.



Aku sakit?Secara fizikal aku kelihatan sihat.Aku berdiri dihadapan cermin dan melihat diriku.Kesan luka di dahi dan tangan kiriku masih jelas.Terdapat sedikit kesan lebam dihujung bibiku.Sekali sekala, terasa sakit dan berdenyut2 dikaki kiriku.Sungguh! Aku gagal mengimbas peristiwa kemalangan dua buah bas yang meragut tiga nyawa serta mengakibatkan kecederaan serius dan kecil pada penumpang2 lain.Aku pula satu-satunya mangsa yang terselamat tetapi kehilangan daya ingatan.Kemalangan itu membawa pergi bersama segala hidupku yang lalu, dan membuat aku seperti teraba-raba didalam terang kerana untuk mengenali diriku sendiri pun,aku sudah tidak mampu lagi. Perasaan sebak memenuhi ruang hatiku lalu menjemput titik-titik jernih yang turun tanpa segan silu.Keadaan ini membuatkan aku sedikit tertekan kerana aku terasa asing dengan segala-galanya.Namun, belum pun sempat aku hanyut dalam emosiku, ketukan di pintu kedengaran dan suara emak lembut memanggilku.



“ Makan tengahari dah siap.Semua orang dah tunggu..”



*****************************************************************************************************************




Sudah sebulan berlalu, dan langsung tiada tanda2 ingatanku akan kembali pulih.Namun, aku sudah mula serasi dengan semua ahli keluargaku.Aku mula menerima yang didalam hidup ini, aku ada emak,ayah dan dua orang kakak,Kak Lia dan Kak Teja.Adik-adikku pula seramai tiga orang, iaitu Anum, Fahrin dan Adam.Seperkara lagi, aku mempunyai seorang abang bernama Adham, tetapi sehingga hari ini aku belum lagi berpeluang menemuinya.Dia tinggal dirumah sendiri,begitulah kata emak.Aku mempunyai keluarga yang besar dan pelbagai karenah, namun aku benar2 tidak dapat mengingatinya.



Aku senang dan paling rapat dengan Kak Teja.Menurut kata mak,memang kami sangat rapat sejak dahulu lagi.Kak Teja suka bercerita segala-galanya denganku.Tetapi, statusnya sebagai isteri menyebabkan kami jarang2 boleh menghabiskan masa bersama.Kak Lia kakak sulungku juga sudah lama berkahwin.Aku tidaklah terlalu rapat dengannya.Biasa-biasa saja seperti dengan yang lainnya.Secara keseluruhan, aku merasa selesa disini,dirumah kami ini.

Petang itu Kak Teja datang menziarahi kami bersama suaminya, Abang Syahil.Ketika ayah sibuk berbual dengan Abang Syahil diruang tamu, Kak Teja menyertaiku berbaring2 diatas katil.Kami membelek majalah REMAJA bersama-sama.Seronok melihat2 produk kecantikan yang menjadi pilihan keluaran terbaru.



“ Vee…” tiba2 Kak Teja memanggilku.


“Hm..” jawabku pendek,leka mengikuti cerpen yang disiarkan .


“Vee…betul2 tak ingat ke ni?”


Soalan Kak Teja ibarat halilintar yang memanah, membuatkan perhatianku dari cerpen itu teralih dalam sekelip mata.Termangu aku seketika.Aku tidak faham kenapa soalan itu yang menjadi pilihannya.


“Erm..Vee, aku bukan nak wat ko tersinggung.Tapi…”


Aku kian pelik.Kak Teja menggunakan “aku-kau” pula.Selama sebulan ini kami mambahasakan diri “Akak-Vee”. Wajahku yang jelas kelat mematikan kata2 Kak Teja yang seterusnya.Tapi aku dapat mengesan air jernih mula bertakung di kolam matanya.


“Vee tak faham…” ujarku akhirnya.


“Sorry Vee…akak terseksa camni.Akak tahu Vee lagi seksa nak ingat balik sume yang dah jadi.Tapi sekurang-kurangnye, akak nak Vee tahu.Dulu kita lebih dari adik dan kakak.Kita macam kawan baik.Kite cakap pun ‘kau-aku’ je.Akak tak pernah kisah sebab kite memang mesra macam tu.Tapi sekarang,walaupun kite cam lebih sopan, akak dah xdapat rasa Vee yang dulu.Macam kita baru kenal je.”



Aku mengeluh perlahan.Barulah ku faham maksudnya soalannya tadi.Kak Teja mengesat air mata dipipinya.Aku benar2 faham perasaanya kala itu.


‘Kite selamba sangat ke dulu antara satu sama lain?” tanyaku.


Kak Teja mengangguk.Aku tersenyum.Sedikit nakal.



“Hmm…macam tak caye je.Sayang gile kau kat aku rupenye ye.Kalau dulu, ntah2 takde nak leleh2 macam ni kan?Bagitahu je la tadi apa halnya.Ni nak jiwa2 pe kes?”



Kak Teja yang sedang menahan sebak dihati menjadi sedikit ternganga mendengar usikku.


“Ceh! Dasar mangkuk tandas betul. Aku nak kau faham la sengal! Ambik kesempatan kenakan aku…”



Kala itu bantal peluk bercorak kartun lembu yang diberi nama ‘Mo0’ sudah hinggap dibelakangku dan riuh tawa kami memenuhi ruang bilik.






“Hari-hari aku tengok gambar2 tu.Betul, aku tak ingat apa2 pun lagi.Takpelah, nanti solat karang,aku doa banyak2 lagi”



Aku menghubungi Kak Teja tengahari itu.Aku tahu Kak Teja masih dalam waktu kerjanya saat ini.Namun, rasa bosan yang teramat membuatkan keinginan untuk berbual dengannya begitu kuat.


“Ala…tak kisah.Dulu pun kau memang suke kacau aku time kerja.” Itulah jawapan Kak Teja apabila aku bertanya,adakah aku mengganggunya .


Aku sekadar ingin bertanya bila lagi dia akan datang menziarah lagi kerana rumahnya tidaklah jauh dari rumah kami.Kak Teja tidak dapat memberi kepastian.Selepas 15 minit,aku menamatkan panggilan dan kembali berbaring sambil membelek2 gambar kenangan zaman kanak-kanak kami hinggalah pada hari majlis perkahwinannya dua tahun lalu.


Kak Teja menamatkan zaman gadisnya pada usia 22 tahun dengan pilihan hati yang sudah dikenali sejak dizaman sekolah lagi.Aku dapat merasakan kebahagiaan yang dikecapi Kak TejaMatanya yang bersinar setiap kali dia menceritakan hari2 yang dilalui dialam berumah tangga,mencerminkan kegembiraan dihatinya.Abang Syahil seorang yang ‘soft spoken’ dan memahami biarpun pada dasarnya agak pendiam.Apa yang penting, mereka serasi bersama.



Fikiran ku melayang-layang tanpa arah.Kutanya pada sang hati,adakah aku juga punya seseorang yang bisa membuatkan mataku bercahaya apabila bercerita tentangnya.Seperti Abang Syahil buat Kak Teja,Abang Naim buat Kak Lia atau seperti Safwan buat adikku, Anum?Jika ada, mungkin dia juga sudah tidak mampu aku ingati kerana peristiwa kemalangan itu.Dan jika ada,dimanakah dia?Tahukah dia keadaan diriku kini?Bahagiakah kami dulu?

Sebahagian lagi hatiku pula berkata, mungkin juga aku tidak punya siapa2.Sebab itulah tiada siapa yang datang bertanya bertanya atau mengaku padaku bahawa dia kekasih hatiku.Aku mengeluh sendiri.Siapa aku dan bagaimanakah hidupku satu ketika dulu?Akhirnya soalan itu yang singgah dikotak fikiranku, membuatkan kuterus berfikir dan berfikir.



******************************************************************************

t0 be continued....

why???


'Its unfair...'
sometimes my heart keeps saying dat phrase.

then,
an0ther thinking comes..
"there must b s0me reas0ns'
*sigh*

0f course...
i tell myself.
G0d creates all things with reasons.
eventhough we couldnt thnk what the reasons are


diz life just like c0lorless if all th0se g0od n bad things wont come
but
the hardest part is,
h0w we deal with it


everyone has dreams
so am i
but
again
let me tell myself
n0t all u want,would be y0urs
n0t all dat u desire
will b gud 4 u

"theres no wrong to like what is no g00d
theres no wrong to dislike what is g0od
ONLY ALLAH KNOWS.."


i love that clauses
extracted from Al-Quran
i c0uldnt remember from what surah it is
but..
it d0es make me relief 4 one thing
the thing dat i believe have a reason from god
of why shud i face it in my life

n0w..
it seems clearer,
da hikmah..and the reason.
eventhought im hoping it is better than what it is actually meant
but
as ALLAH knows the best 4 me
i obey!

may i have strength 2 face it.=')