Wednesday 5 November 2008

ShUt D0wn!! ~Epis0de 1~

~VaNeesa~


“Ni la bilik tidur Vee…rehat2 la dulu.Nanti dah siap makan tengahari,mak panggil makan sekali ye.”


Aku mengangguk perlahan,menurut sahaja arahan wanita berusia pertengahan 40-an yang mengaku dirinya sebagai ‘emak’ itu.Kemudian dia berlalu keluar dari ‘bilikku’.Menuju ke ruang dapur mungkin.Aku merebahkan diri diatas katil empuk bersaiz queen.Sambil berbaring, aku merenung syiling.Kemudian kuperhatikan pula keseluruhan bilik itu.Hiasannya,pemilihan cadar dan warna dinding serta perabot yang melengkapkan ruang yang ada,segalanya serba sederhana.Bilik ini, sebenarnya sudah cukup menunjukkan siapa aku,atau lebih tepat,siapa’ kami’.Keluarga ini.Sederhana dan bahagia.Bahagiakah?Soalan hatiku tidak terjawab,kerana aku tidak tahu jawapannya.



Sedang bermenung2 sendiri itu,aku terdengar bunyi daun pintu ditolak dari luar.Sedikit ruang yang terbuka berjaya memuatkan kepala si kecil yang menjengah sambil tersenyum nakal .Tangannya disembunyi dibelakang badan. Aku merenungnya begitu lama sebelum membalas senyuman itu.



“Adam…jangan kacau Kak Vee tu.Kakak penat,biar kakak rehat.Mari sini.Nak ais krim tak..?”



Sayup2 terdengar emak memanggil Si Kecil dari dapur.Dia menurut,berlari ke dapur untuk mendapatkan ais krim dan membiarkan daun pintu terbuka tanpa ditutup semula.Penglihatanku sempat menangkap apa yang disorokkannya tadi.Ketika mini mainan yang berwarna kuning.Aku tersenyum sendiri.Begitu jugakah aku melayannya dulu?Memberi ganjaran sebagai balasan mendengar kata dan melayannya bermain dengan kereta mini kuningnya?



“Mak, nape tak boleh kacau Kak Vee mak?” terdengar suara yang comel itu bertanya dengan penuh rasa ingin tahunya.


“Kak Vee sakit…” jawab emak ringkas.


“Sakit apa mak?”


‘Ish..makan ais krim tak boleh banyak cakap.Nanti ais krim cepat cair..”



Emak berdalih tanpa menjawab setepatnya.Tiada lagi perbualan selepas itu.Mungkin Si Kecil takut hilang nikmatnya aiskrim apabila sudah cair dan mungkin emak pula tenggelam dalam kesibukannya menyediakan juadah makan tengahari.



‘Adam, adik kakak..’, desis hatiku.


”Kakak sakit..”, kata2 mak pula terngiang2 ditelingaku.



Aku sakit?Secara fizikal aku kelihatan sihat.Aku berdiri dihadapan cermin dan melihat diriku.Kesan luka di dahi dan tangan kiriku masih jelas.Terdapat sedikit kesan lebam dihujung bibiku.Sekali sekala, terasa sakit dan berdenyut2 dikaki kiriku.Sungguh! Aku gagal mengimbas peristiwa kemalangan dua buah bas yang meragut tiga nyawa serta mengakibatkan kecederaan serius dan kecil pada penumpang2 lain.Aku pula satu-satunya mangsa yang terselamat tetapi kehilangan daya ingatan.Kemalangan itu membawa pergi bersama segala hidupku yang lalu, dan membuat aku seperti teraba-raba didalam terang kerana untuk mengenali diriku sendiri pun,aku sudah tidak mampu lagi. Perasaan sebak memenuhi ruang hatiku lalu menjemput titik-titik jernih yang turun tanpa segan silu.Keadaan ini membuatkan aku sedikit tertekan kerana aku terasa asing dengan segala-galanya.Namun, belum pun sempat aku hanyut dalam emosiku, ketukan di pintu kedengaran dan suara emak lembut memanggilku.



“ Makan tengahari dah siap.Semua orang dah tunggu..”



*****************************************************************************************************************




Sudah sebulan berlalu, dan langsung tiada tanda2 ingatanku akan kembali pulih.Namun, aku sudah mula serasi dengan semua ahli keluargaku.Aku mula menerima yang didalam hidup ini, aku ada emak,ayah dan dua orang kakak,Kak Lia dan Kak Teja.Adik-adikku pula seramai tiga orang, iaitu Anum, Fahrin dan Adam.Seperkara lagi, aku mempunyai seorang abang bernama Adham, tetapi sehingga hari ini aku belum lagi berpeluang menemuinya.Dia tinggal dirumah sendiri,begitulah kata emak.Aku mempunyai keluarga yang besar dan pelbagai karenah, namun aku benar2 tidak dapat mengingatinya.



Aku senang dan paling rapat dengan Kak Teja.Menurut kata mak,memang kami sangat rapat sejak dahulu lagi.Kak Teja suka bercerita segala-galanya denganku.Tetapi, statusnya sebagai isteri menyebabkan kami jarang2 boleh menghabiskan masa bersama.Kak Lia kakak sulungku juga sudah lama berkahwin.Aku tidaklah terlalu rapat dengannya.Biasa-biasa saja seperti dengan yang lainnya.Secara keseluruhan, aku merasa selesa disini,dirumah kami ini.

Petang itu Kak Teja datang menziarahi kami bersama suaminya, Abang Syahil.Ketika ayah sibuk berbual dengan Abang Syahil diruang tamu, Kak Teja menyertaiku berbaring2 diatas katil.Kami membelek majalah REMAJA bersama-sama.Seronok melihat2 produk kecantikan yang menjadi pilihan keluaran terbaru.



“ Vee…” tiba2 Kak Teja memanggilku.


“Hm..” jawabku pendek,leka mengikuti cerpen yang disiarkan .


“Vee…betul2 tak ingat ke ni?”


Soalan Kak Teja ibarat halilintar yang memanah, membuatkan perhatianku dari cerpen itu teralih dalam sekelip mata.Termangu aku seketika.Aku tidak faham kenapa soalan itu yang menjadi pilihannya.


“Erm..Vee, aku bukan nak wat ko tersinggung.Tapi…”


Aku kian pelik.Kak Teja menggunakan “aku-kau” pula.Selama sebulan ini kami mambahasakan diri “Akak-Vee”. Wajahku yang jelas kelat mematikan kata2 Kak Teja yang seterusnya.Tapi aku dapat mengesan air jernih mula bertakung di kolam matanya.


“Vee tak faham…” ujarku akhirnya.


“Sorry Vee…akak terseksa camni.Akak tahu Vee lagi seksa nak ingat balik sume yang dah jadi.Tapi sekurang-kurangnye, akak nak Vee tahu.Dulu kita lebih dari adik dan kakak.Kita macam kawan baik.Kite cakap pun ‘kau-aku’ je.Akak tak pernah kisah sebab kite memang mesra macam tu.Tapi sekarang,walaupun kite cam lebih sopan, akak dah xdapat rasa Vee yang dulu.Macam kita baru kenal je.”



Aku mengeluh perlahan.Barulah ku faham maksudnya soalannya tadi.Kak Teja mengesat air mata dipipinya.Aku benar2 faham perasaanya kala itu.


‘Kite selamba sangat ke dulu antara satu sama lain?” tanyaku.


Kak Teja mengangguk.Aku tersenyum.Sedikit nakal.



“Hmm…macam tak caye je.Sayang gile kau kat aku rupenye ye.Kalau dulu, ntah2 takde nak leleh2 macam ni kan?Bagitahu je la tadi apa halnya.Ni nak jiwa2 pe kes?”



Kak Teja yang sedang menahan sebak dihati menjadi sedikit ternganga mendengar usikku.


“Ceh! Dasar mangkuk tandas betul. Aku nak kau faham la sengal! Ambik kesempatan kenakan aku…”



Kala itu bantal peluk bercorak kartun lembu yang diberi nama ‘Mo0’ sudah hinggap dibelakangku dan riuh tawa kami memenuhi ruang bilik.






“Hari-hari aku tengok gambar2 tu.Betul, aku tak ingat apa2 pun lagi.Takpelah, nanti solat karang,aku doa banyak2 lagi”



Aku menghubungi Kak Teja tengahari itu.Aku tahu Kak Teja masih dalam waktu kerjanya saat ini.Namun, rasa bosan yang teramat membuatkan keinginan untuk berbual dengannya begitu kuat.


“Ala…tak kisah.Dulu pun kau memang suke kacau aku time kerja.” Itulah jawapan Kak Teja apabila aku bertanya,adakah aku mengganggunya .


Aku sekadar ingin bertanya bila lagi dia akan datang menziarah lagi kerana rumahnya tidaklah jauh dari rumah kami.Kak Teja tidak dapat memberi kepastian.Selepas 15 minit,aku menamatkan panggilan dan kembali berbaring sambil membelek2 gambar kenangan zaman kanak-kanak kami hinggalah pada hari majlis perkahwinannya dua tahun lalu.


Kak Teja menamatkan zaman gadisnya pada usia 22 tahun dengan pilihan hati yang sudah dikenali sejak dizaman sekolah lagi.Aku dapat merasakan kebahagiaan yang dikecapi Kak TejaMatanya yang bersinar setiap kali dia menceritakan hari2 yang dilalui dialam berumah tangga,mencerminkan kegembiraan dihatinya.Abang Syahil seorang yang ‘soft spoken’ dan memahami biarpun pada dasarnya agak pendiam.Apa yang penting, mereka serasi bersama.



Fikiran ku melayang-layang tanpa arah.Kutanya pada sang hati,adakah aku juga punya seseorang yang bisa membuatkan mataku bercahaya apabila bercerita tentangnya.Seperti Abang Syahil buat Kak Teja,Abang Naim buat Kak Lia atau seperti Safwan buat adikku, Anum?Jika ada, mungkin dia juga sudah tidak mampu aku ingati kerana peristiwa kemalangan itu.Dan jika ada,dimanakah dia?Tahukah dia keadaan diriku kini?Bahagiakah kami dulu?

Sebahagian lagi hatiku pula berkata, mungkin juga aku tidak punya siapa2.Sebab itulah tiada siapa yang datang bertanya bertanya atau mengaku padaku bahawa dia kekasih hatiku.Aku mengeluh sendiri.Siapa aku dan bagaimanakah hidupku satu ketika dulu?Akhirnya soalan itu yang singgah dikotak fikiranku, membuatkan kuterus berfikir dan berfikir.



******************************************************************************

t0 be continued....

why???


'Its unfair...'
sometimes my heart keeps saying dat phrase.

then,
an0ther thinking comes..
"there must b s0me reas0ns'
*sigh*

0f course...
i tell myself.
G0d creates all things with reasons.
eventhough we couldnt thnk what the reasons are


diz life just like c0lorless if all th0se g0od n bad things wont come
but
the hardest part is,
h0w we deal with it


everyone has dreams
so am i
but
again
let me tell myself
n0t all u want,would be y0urs
n0t all dat u desire
will b gud 4 u

"theres no wrong to like what is no g00d
theres no wrong to dislike what is g0od
ONLY ALLAH KNOWS.."


i love that clauses
extracted from Al-Quran
i c0uldnt remember from what surah it is
but..
it d0es make me relief 4 one thing
the thing dat i believe have a reason from god
of why shud i face it in my life

n0w..
it seems clearer,
da hikmah..and the reason.
eventhought im hoping it is better than what it is actually meant
but
as ALLAH knows the best 4 me
i obey!

may i have strength 2 face it.=')

Thursday 23 October 2008

`~only a dedicati0n~




~dedicate this t0 'sum1' as when i editing diz bl0g..i als0 making chat with him..may we can be hepi 2gether evnth0ugh we juz can 0nly stay like diz 4 0ur luv...

*Shut D0wn!!!*

PROLOG

...kalaulah kite boleh padamkan segala hakikat hidup yang kite tak mampu lagi tanggung..alangkah baiknya.Aku membayangkan kalau..ada satu tempat untuk menumpang tido yang sangat tenang,wat aku tido nyenyak tanpa mimpi2 ngeri.. dan tika kubukakan mata, aku akn kembali pada dunia yang baru.Yang segala kesedihan dan kekecewaan semalam telah padam..padam!!...

17 oct 07


...Aku penat tuhan...d0sa apakah sehingga dihukum sebegini..?


18 oct 07


...sesuatu yang menjadi impian pada saat2 kegembiraan adalah mustahil. dan kepahitan sudah terlalu mustahil untuk ditelan lagi = kehidupan yang sunyi, jauh dari orang lain dan gangguan...tekanan!

19 oct 07


...es0k aku akn menjelang 20tahun.muhasabah diri la k0non...pe yang aku dh berjaya wat t0k 2o tahun hidup??..huh!its ok...i fail to think rite now.pk kan sesuatu yg indah dalam hdup V...erm,aku ade segala2nya, tapi pada tahap yg kecil n kurang dri org lain..ye..aku sedar itu..xpelah..plg pntg,aku ad dia, tapi aku xmahu menyukarkan hidupnya kerana aku.aku sayangkan dia...kalau kami berpisah demi kebahgiaan dia...


..aku akn bahgiakan dia...='(


20 0ct 07



....hepi beday to y0u..hepi beday to y0u..hepi beday t0 u V..hepi beday..

hee,,,lets see wut i'll get t0day...sem0ga aku menerima sesuatu yang menjadi impian aku sekian lame..bukan bear2,bukan n0vel s0phie Kinsella pon xpe,makan mlm dengan Ryan..(erm..berharap gak..keh3)..cume,aku mengharapkan setiap d0a dalam s0latku akan dimakbulkan ALLAH..dan aku akan menemukan ketenangan hidup...dan segala yang menyesakkan itu segala pergi jauh..pergi dan padam..so,it means like..terlupus dri hidup cam hapuskan data c0mputer tu.lets SHUT DOWN it!!ya...SHUT DOWN!


21 0ct 07




Haikal mendengus lemah..'sampai 21hb October je??ni dah masuk sebulan, xde pon p0st yang bru.Aku nak jugak taw ko dapat ke tidak hadiah impian hari jadi ko tu cik V oii...mesti dapat hadiah best ni sampai tak ingat nak tulis blog lagi dah..bear2,bunga,,makan malam..sume dia dapat k0t.Tak pun..ntah2 dah kawen x?erk....'

Monolog dalam hatinya membuatkan Haikal tertawa sendiri.Ish,macamlah tak boleh terus tulis bl0g kalau dah kawen.laki dia marah kot.hm..tapi memang susah nak tulis.nanti ntah cerita apa pula yang ditulisnya.cerita orang kahwin2??alamak..tak sanggup jugak aku nak bace...keh3.haih cik V..cik V..saya tunggu awak ni..(dan saya harap awak belum kahwin lagi jugak!haha..)

Haikal menutup note booknya.Terasa bosan pula kerana tiada catatan terbaru dari 'I'm V",penulis blog misteri yang menjadi ikutannya sejak 6 bulan yang lalu.Ntah kenapa, Haikal begitu tertarik membaca catatan penulis tersebut.seorang gadis!Seolah sebuah kisah hidup yang menarik2 tangkai hatinya untuk mengenali empunya diri secara peribadi.Haikal termenung sendiri.

"V...".

Dia menyebut nama itu.Hatinya tekad untuk menjejak si gadis misteri.


************************************************************************************

to be c0ntinued...

Wednesday 22 October 2008

RAHSIA...



Rahsia itu hanya milik Dia,

Aku…

Aku x mampu untuk mencari maksudnya yg terselindung

Dia telah menjawab tanyaku,

Aku menikmati cinta itu hari ini,

Tapi kemudiannya,

Aku terus bertanya lagi…

Kemana dapat ku bawa ia pergi?

Lantas hati kecil ini bersuara,

‘mengapa ditanya?’

Dia maha mengetahui…

Apa yang ada dihatimu

Dan apa yang kau kecapi

Aku kasihkan dia,

Aku cintakan Dia…

Lalu sayang di hati ini terapung2 mencari hala

Segenap cinta di hati ini,

Menuntut air mataku

Pada saban detik …

ku mimpikan masa depan...

Tuhan…

Aku sayang dia..

Tapi aku juga tidak mahu jauh dari kasih sayangMu

Tamakkah aku?

Ada cinta yang x mungkin dikecapi

Biar sekuat mana kita impikan

Jangan persoalkan kenapa perasaan itu hadir

Kerana..

Rahsia disebaliknya hanya milik Yang Satu

Aku mengerti…

Kasih,sayang dan cinta itu milik Dia

Biar hati ingin memiliki

‘Ia mungkin bukan buat kamu…'

Saturday 18 October 2008

insan kerdil

seluas2 dunia..

ada sekerdil2 aku


seprti insan lain..

aku juga bernafas mencari hidup..

aku kenal udara..

aku kenal cahaya..

aku kenal gembira..

dan aku juga rasakn sengsara..



hidup itu anugerah

dan

kebahgiaan satu pencapaian..


aku insan kerdil...

x bersembunyi dalam gelita

x menari dalam cahaya

kerana masih aku bertatih

mencari arah yg sebenar


dan kala duduk melepas lelah

seketika hanya ku mmpu

mencoret sajak

buat peneman jiwa

kerna aku insan kerdil

yg x punya apa...